Sunday, January 31, 2010

Lirp2010 dan Isu Berkaitan

Kejohanan Regatta Perdana Antarabangsa Langkawi baru sahaja berakhir:
  1. Keputusan penuh boleh diperolehi di - http://www.lirp2010.blogspot.com/
  2. Tahniah kepada yang berjaya kepada yang gagal dan kurang menyerlah tingkatkan lagi usaha. Yang penting bukan sekadar keputusan yang diperolehi tetapi anda tahu akan apakah kekuatan dan kelemahan anda supaya boleh meneruskan usaha untuk kejohanan akan datang.
  3. Untuk makluman kejohanan berikutnya adalah KFC - PSC/PPLNPP INTERNATIONAL OPEN REGATTA yang akan berlangsung pada 26 - 27hb February ini.
  4. Tetapi sebelum itu pada hujung minggu ini (06 - 07 February) akan berlangsung kejohanan CITY DAY OPEN REGATTA bertempat di Kota Kinabalu, Sabah. Khabar yang saya terima terdapat penyertaan dari Singapore, Labuan dan Miri Sarawak.
Saya bercadang untuk bertemu dan berbincang dengan jurulatih-jurulatih negeri bagi berbincang untuk mendapatkan input, juga untuk menerangkan secara ringkas mengenai perancangan program latihan bagi atlet kebangsaan serta halatuju program. Juga beberapa aktiviti kem latihan yang kita rancangkan untuk atlet yang mana kita tawarkan kepada penyertaan pasukan negeri termasuk bagi penyertaan jurulatih untuk meningkatkan pengetahuan pengajaran pelayaran atau setidak-tidaknya sebagai ulangkaji untuk pengetahuan yang telah kita pelajari.

Malang sekali saya mendapat khabar yang amat kurang menggembira yang mana persatuan yang saya dukung dan percayai menangguh ("AP" over "H") atas segala kejohanan dan aktiviti yang dirancang sehinggalah aktiviti tersebut mendapat peruntukan kewangan terlebih dahulu dari penaja utama (MSN - kerajaan). Bermakna segala perancangan yang telah dipersetujui oleh Jawatan Kuasa Kerja (yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah MSN (wakil) dan bersama dengan Presiden MYA (wakil) serta beberapa ahli yang terdiri dari kedua pihak telah kemudiannya disanggah oleh ahli yang kita harapkan untuk menjayakan sukan perahu layar negara dipersada antabangsa selaras dengan kehendak negara menjulang nama negara di arena antarabangsa. Sayang sekali inilah keputusan yang dicapai, adakah tiada cadangan lain yang lebih bernas? bagi mendapatkan semula peruntukan perbelanjaan yang telah dibelanjakan. Fakta yang jelas bukan kita sahaja mengalami masalah ini tetapi semua persatuan sukan juga mengalaminya dan dalam masa yang sama kita kena faham kedudukan kewangan MSN yang juga hanya bergantung harap terus kepada kerajaan.
Jadi atas alasan tersebut tak jadilah nak diadakan perbincangan..... segalanya kabur dan tak jelas..sedangkan kejohanan Asian Sailing Championship (ASC) hanya 2 bulan lebih sahaja akan berlangsung. Kejohanan ASC ini penting bagi menentukan atlet kita berjaya mendapat keputusan yang membanggakan supaya mereka berjaya ke Sukan Asia 2010 atas tiket atlet kategori "A" yang dibiayai oleh MOM/OCM. Kalau tak berjaya terpaksalah MYA menampung mereka atas Kategori "B" (itupun kalau dipersetujui oleh MOM). Mahukah MYA menampung mereka sedangkan....? Ada cerita menarik berkenaan dengan kejohanan ASC ini yang akan saya ceritakan nanti...kerana ada khabarnya ahli XXX kepercayaan kita tak mengaku sesetengah kelas yang cuba pihak kami cadangkan adalah tanggung jawab Persatuan Pelayaran Malaysia.

Akhir sekali tahniah kepada persatuan negeri yang telah mendapat windsurf BIC TECHNO untuk program pembangunan negeri. Harap selepas ini pada setiap kejohanan KFC negeri kita akan melihat penyertaan negeri dengan lebih menggalakkan. Saya bersimpati dengan PERLIS dan TERENGGANU yang bagi saya begitu aktif menyokong program MYA dalam pembangunan sukan negara menghantar peserta semasa kem dahulu juga semasa kejohanan Kebangsaan. Ada negeri yang belum ada atlet juga tidak menghantar atlet semasa kem dahulu telah mendapat board ini atas alasan negeri yang aktif??. Harap isu mendapat simpati MYA untuk menolong PERLIS dan TERENGGANU mereka mungkin tidak aktif berpersatuan tetapi atlet mereka bagus dan juga ada jurulatih yang berminat berpotensi untuk dimajukan dan dibantu. Rasanya kedua-dua negeri ini mempunyai persatuan negeri bernaung dengan MYA tetapi agak kurang aktif dalam program pembangunan mereka (mungkin kerana baru ditubuhkan dan keahlian serta jawatankuasa masih kecil dan belum dikenali). Isu windsurf ini jika tidak ditangani dengan baik mungkin mengundang perpecahan dalam warga sukan pelayaran. Khabarnya MWA dalam proses akhir pendaftaran. Selalu apabila kita rasa yang kita terpinggir dan ingin kemajuan maka kita akan mencari jalan. Saya bersetuju dan menyokong pembentukan MWA tetapi biarlah bernaung di bawah payung MYA dan MYA jangan pula tak mengaku windsurf ini juga di bawah program mereka. Ini berdasarkan dengan masalah yang saya lihat kesudahannya dengan negara jiran kita Thailand.

Sekian