Friday, February 26, 2010

Latihan dan Pertandingan di Auckland, New Zealand 2

Ada berita perkembangan pelayar yang berada di Auckland.

Pada masa sekarang mereka terlibat dengan kejohanan Int 420 National dan 470 Noth Island Championship

Perkembangan dan keputusan boleh diperolehi di http://www.murraysbay.org keputusan belum begitu menarik tetapi khabarnya angin bertiup kencang melebihi 25kts pada beberapa siri pertandingan. Harap pelayar kita tak terkejut.....atau fobia dengan angin kuat ni.

Sebarang komen akan menyusul kemudian.

Monday, February 22, 2010

Rangkuman Keputusan Sail The Gulf Qatar 2010

1. Dari Gulf Times-Qatar

Top sailors


Winners of the 18th Qatar International Regatta Sail the Gulf 2010 with their trophies during the presentation ceremony held at the Sharq Village & Spa yesterday. The five-day event concluded with India emerging as the top sailing nation with five medals, including three gold. PICTURE: Jayan Orma






2. Juga dari Gulf Times
India top tally with three gold medals

By Suman Malla/Doha

Qatar Sailing and Rowing Federation president Khalifa M. al-Sewaidi (right) is seen with the Indian team winners who won five medals including three golds in the 18th Qatar International Regatta ‘Sail the Gulf 2010’ yesterday. PICTURE: Jayan Orma
India took home five medals, including three gold, to assert their supremacy at the 18th Qatar International Regatta ‘Sail the Gulf 2010,’ which concluded yesterday at the Doha Sailing Club.
On the back of their dominating performance in the Optimist class, Malaysia were second with six medals, which included one gold, two silver and three bronze. Tunisia stood third overall with one gold and two silver medals in the five-day event that featured over 180 sailors from 28 countries.
While India had guaranteed themselves two gold medals, in 470 and Hobie 16 classes, Rajesh Chauhan added one more to their tally with a victory in the Laser Radial.
Chauhan, who had finished tied on 20 points with overnight leader Youssef Akrout of Tunisia, left it late to clinch the 10th and final race to finish on 26 points and secure the win by nine points.
“The first race did not go well for me today,” said Chauhan, indicating to his eighth position in the opening race yesterday. That did not harm him too much, though, as Akrout fared even worse, crossing the line only in tenth place.
“But I was all focused in the final race and won it with a comfortable margin,” explained Chauhan, who came home ahead of Malaysia’s Khairul Nizam.
Nizam’s two second-place finishes proved decisive as he edged Algeria’s Mohammed El Amine to capture third place on 52 points.
Having secured his win in 470, Pushparajan Muttu and his crew Narendra Singh decided to play it safe yesterday. They finished second to the Hungarian pair of Imre Varadi and Aron Serke in the final two races to wind up the competition on 11 points. The Hungarians, who finished with 15 points, took home silver.
Qatar’s Amro Yousry and Fahad al-Malki, who stood fourth and third respectively yesterday, secured bronze for the hosts by finishing on 35 points.
An all-Indian battle raged on in the Hobie 16, with Yuvraj Singh and Samal Pradhan eventually capturing gold, finishing ahead of compatriots Yakobu Kalaga and Rajeev Kumar.
Kalaga and Kumar gave it everything and won the final two races to narrow the gap on the leaders. But they lost the gold by two points as Singh and Pradhan always maintained a safe distance to take second and third and finish on top with 15 points.
“We knew the gold medal was there for the taking. We decided against taking any risks today but we did well enough to keep them (Kalaga and Kumar) at bay,” Pradhan said after yesterday’s races. “Now our next goal will be to perform well at the Asian Games,” added the Indian Navy sailor. The bronze medal went to Oman’s Mohammed al-Alwai and Akram al-Wahaibi.
Tunisia proved their mettle in the Laser Standard with Hafedh Ben Fakhet and Zine El Abidine taking up the top two places, while Bijay Rout added a bronze to take India’s tally to five medals in the regatta.
Malaysia swept all three medals in the Optimist class with Ahmad Latif successfully defending his title after a win and fourth place yesterday to finish on 19 points. Ahmad Syukri took silver with 22 points, two ahead of last year’s silver medallist Mohammed Farhan.
Bahrain’s Faisal al-Naar, who started the day with a nine-point lead in the Laser 4.7 class, won the fifth and ninth races to finish on 19 points for gold.
The Malaysians completed the podium with Nur Amirah (31pts) taking silver and Mohammed Amirul (43pts) scooping bronze after Algeria’s Zakaria Khoualed was disqualified for an infringement in the final race.

Final results: Optimist: 1. Ahmed Latif (MAS) 19pts, 2. Ahmed Syukri (MAS) 22ts, 3. Mohammed Farhan (MAS) 24pts
Laser 4.7: 1. Faisal al-Naar (BRN) 19pts, 2. Nur Amirah Hamid (MAS) 31pts, 3. Mohammed Amirul Shafiq (MAS) 43pts
Laser Standard: 1. Hafedh Ben Fakhet (TUN) 38pts, 2. Zine El Abidine Khairat (TUN) 47pts, 3. Bijay Rout (IND) 50pts
Laser Radial: 1. Rajesh Chauhan (IND) 26pts, 2. Youssef Akrout (TUN) 35pts, 3. Khairul Nizam (MAS) 52pts
470: Pushparajan Muttu/Narendra Singh (IND) 11pts, 2. Imre Varadi/Aron Serke (HUN) 15pts, 3. Amro Yousry/Fahad al-Malki (QAT) 35pts
Hobie 16: 1. Yuvraj Singh/Samal Pradhan (IND) 15pts, 2. Yakobu Kalaga/Rajeev Kumar (IND) 17pts. 3. Mohammed al-Alwai/Akram al-Wahabi (OMN)38pts


3. Berita dipetik dari blog pelapis MSN juga menarik. Laporan yang dihantar oleh GM MYA kepada MSN Pelapis berdasarkan laporan semasa dari jurulatih di Qatar pergi sahaja ke: http://pelapisfuturechampions.blogspot.com saje tak paparkan supaya lu orang carilah sendiri dan lagi satu taulah juga lain-lain blog yang berkaitan dengan pembangunan sukan negara....kan..kan..Juga ada satu berita baru saja diupdatekan berkenaan dengan lawatan MSN Pelapis ke Pusat latihan Perahu Layar Batu Laut Selangor di: LAPORAN LAWATAN PEMANTAUAN KE PUSAT LATIHAN PELAYARAN, BATU LAUT, KUALA LANGAT

Sunday, February 21, 2010

Laman resmi MYA.....berapa kerap buat update..calendar & ranking

Baru surf laman web MYA tadi.........harap masih lagi laman resmi MYA.
Last update bila........?. IODA Asian/Asean dah agak lama berlalu......
Siapalah ye admin bagi laman nih....tengok link Johor lagi kerap update dari MYA.
Bukan ape nak tengok calendar taun ni......tak dapek cari......
Nasib baik kat link Johor ada letaklah ckit.....
Jangan lupa PSC Open hujung minggu ni 26-28 Feb. Jumpa kat sane ye....adelah anti saya naik....

MSSM still on ke.....dengar kata ari tu dah cancel....MSSM x de peruntukan....baru-baru ni TPM/Menteri Pelajaran dah inject balik....so cam no. masih Mac?

Satu lagi mengenai ranking kebangsaan ni macam mana....sekian lama x pernah kita tengok dia punya peraturan pertandingan ke Peraturan tetap ke apa ke....so macam mano ia berfungsi.... ada den masukkan kat comment/pendapat kekawan....bagi pendapat ckit.

Rankingnya macam mana masih Optimist lagi ke.....kelas-kelas lain xde ape-ape perancangan ke dalam ranking......Siape ye kat MYA bertanggungjawab terhadap ranking ini.......bueklah sikit pembaharuan...adakan peraturan tetap....ceritakan tentang pemarkahan....apa kegunaannya....Takkan dengan dapat penajaan pembangunan KFC sama je rentak tari MYA ada pulus pun sama x ade pun same....cam no nih...Jangan arapkan MSN je semua nak tanggung....takkan nak guna nama je....
Buat ranking...ranking dah...bagilah 2-3 games oversea gunakan ranking...jangan kacau program MSN punya....lu mesti ada polisi sendiri brother....

Cool...

Monday, February 15, 2010

Berita dari Pusat Latihan Kebangsaan

Perkembangan-perkembangan terkini disampaikan kepada saya melalui info dalaman:
  1. Sebenornya seorang atlet kebangsaan sedang menjalani latihan di Perth Australia...konon di bawah program dari ISAF bagi negara-negara yang baru membangun bagi persediaan kelayakan Olimpik. Hanya kelas Laser Standard, Laser Radial Women, RSX lelaki dan perempuan sahaja khabarnya dipilih dan setiap kelas itu hanya 4-5 negara sahaja. Syabas sekurang-kurangnya atlet kita terpilih juga dan peluang untuk atlet menimba pengalaman apatah lagi tempat program ini dijalankan adalah sama venue dengan pertandingan kelayakan Olimpik pada tahun depan (2011). Ada berita kurang sedap sikit...atlet ini kononnya dikhabarkan tidak mendapat peruntukan secukupnya semasa pelepasan dan terpaksa meminjam...pinjam along ke....cam no ni....?? dah okdah katanya....heh
  2. Perkembangan latihan di Auckland bagi kelas International 420 juga khabarnya berjalan lancar. Pasangan Ku Anas dan Mohd Hafizzudin baru sahaja memenangi pertandingan tempatan dalam keadaan angin melebihi 20kts pada beberapa pertandingan.....sudah mula menampakkan hasil nampaknya apatah lagi strong wind selalu dikatakan alasan utama kegagalan pelayar....Syabas coach M. Zaidi dan juga Andrew Grown jurulatih asing yang telah dilantik untuk kelas double handed dari hujung tahun lepas....Kenapa kepakaran jurulatih ini tidak sama-sama digunakan bagi pembangunan dalam negara.....Pembangunan please do something...? Pasukan di New Zealand ini juga khabarnya mengalami masalah kewangan seperti mana berlaku kepada atlet di Perth....Alahai...MSN...MYA!!!juga dah ok....kenapa kena ko dulu baru ok...takleh ke ok...dari awal.
  3. Juga dimaklumkan sekumpulan atlet kebangsaan elit dan pelapis akan berlepas ke Doha, Qatar bagi kejohanan terbuka antarabangsa disana. Bermakna hampir kosonglah pusat latihan kita....Beberapa atlet sahaja yang tidak pergi itupun atlet pelapis kelas double handed pelapis (adalah 3 -4 orang gitu yang tertinggal)...Ini ada kes kelakor hangat nihh....2 orang atlet yang nak diantar tiada tiket.....huuuhhuu menangis budak tu kat airport...tak kesianke!...camno pengurusan? ....siape manager...nasib baik 1 orang tu ada orang advancekan dulu (sedara dia ke....bapak dia ke..nanti saya merisik lagi)....yang lagi sorang melopong balik pusat....sedih...hangat...malu..dan sayu...semua ada....Ini penangan cuti panjang ni...Gong Xi Fat Choi.
  4. Last....siapa bilang pusat latihan kebangsaan kita lengang.....saya dimaklumkan sedang berjalan satu klinik terbuka antarabangsa .... detail belum didapati lagi....berapa penyertaan...kelas apa....siapa hadir...dan lain-lain akan menyusul. Cam nilah kita nak. Gunakan sepenuhya pusat latihan ini untuk kepelbagaian aktiviti. Rasanya kalau nak meningkat ke tahap sampai ke Olimpik kita kena membangun kesemuanya termasuk dari segi kesesuaian dan kesediaan tempat supaya high kelas top 10 sailors nak datang....biar bermula dari bawah dulu....lepas tu suruh top-top international coach buat klinik supaya atlet kebangsaan kita boleh joint sama...Begitu juga lain pembangunan dalam negara kena buat juga. klinik ke..... kem bakat ke.... kursus specifik kejurulatihan ke.... takkan nak ajar kot....Pembangunan..pembangunan....tapi oklah nampak dalam kalendar ada juga tu berbagai kursus....satu atau dua kononnya dah terlepas.....cepat kejor...Yop...kejor..jangan sampai ujung tahun baru steady.
Sekian sedikit bahan untuk tatapan peminat sukan pelayaran.

Saturday, February 13, 2010

Happy Chinese New Year From Sail Coach

Hari ini 14/2/2010 merupakan hari pertama tahun harimau (Geng Yin) mengikut calendar China (tahun 4707) jadi saya mengucapkan selamat tahun Baru China kepada kekawan berketurunan China.

''/Send this eCard !




Friday, February 12, 2010

Out of Topics: Renungan....

Tiba-tiba minggu ini saya secara kebetulan telah di dedahkan melaui email dan blog kepada 2 perkara berkaitan yang mengingatkan saya untuk sama-sama berkongsi dengan tuan-tuan....teman-teman dikalangan muslim...sekadar renungan dan mengambil pengajaran darinya.

Peringatan Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi dari Ali (r.a.): Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun ke atas mereka iaitu:

1. Apabila kekayaan Negara hanya dimiliki oleh orang-orang tertentu sahaja.

2. Apabila amanah dijadikan sumber memperolehi keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang (tidak bayar zakat).

4. Suami taat pada isteri.

5. Anak mendurhakai ibunya.

6. (sedangkan ia) berbaik-baik dengan temannya.

7. (dan) menjauhkan diri dari bapanya.

8. Suara-suara ditinggikan di dalam masjid.

9. Orang yang paling hina di kalangan satu kaum menjadi ketua kaum itu.

10. Seseorang itu dimuliakan kerana kejahatannya.

11. Arak diminum di merata-rata tempat.

12. Kaum lelaki ramai yang memakai sutera (pakaian perempuan).

13. Artis-artis disanjung tinggi dan dipuja.

14. Banyak jenis muzik dimainkan.

15. Generasi umat Islam pada zaman ini menyalahkan generasi yang terdahulu.

Maka sabda Baginda s.a.w. lagi: “Hendaklah mereka menanti ketibaan tiupan angin merah, atau gempa bumi ataupun mereka akan ditukar menjadi makhluk lain.”

Dan lagi satu masuk ke email saya lebih kepada surat berantai untuk disampaikan kepada kawan-kawan berikutnya.....apa yang penting akan isi kandungan yang nak disampaikan adalah lebih kurang saya dengan yang atas yang mengingatkan kita dalam mencari kenangan dan keceriaan di dunia akan batas-batas dan landasan yang menjadi pegangan.....

BERITA UNTUK UMAT ISLAM DISELURUH DUNIA. SURAT INI DATANGNYA DARI SYECKH ACHMAD DI SAUDI ARABIA . "AKU BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH SWT DAN NABI MUHAMMAD SAW, WASIAT UNTUK SELURUH UMMAT ISLAM DARI SYECKH ACHMAD SEORANG PENJAGA MAKAM RASULULLAH DI MADINAH, YAITU DI MESJID NABAWI SAUDI ARABIA..

"Pada malam tatkala hamba membaca Al'Quran di makam Rasulullah, dan hamba

sampai tertidur, lalu hamba bermimpi. Didalam mimpi hamba bertemu dengan

Rasulullah SAW, dan beliau berkata, "didalam 60.000 orang yang meninggal dunia, di antara bilangan itu tidak ada seorangpun yang mati beriman, dikarenakan:

1.. Seorang istri tidak lagi mendengar kata-kata suaminya

2. Orang yang kaya yang mampu, tidak lagi melambangkan atau menimbangkan rasa belas kasih kepada orang-orang miskin.

3. Sudah banyak yang tidak berzakat, tidak berpuasa, tidak sholat dan tidak menunaikan ibadah haji, padahal mereka-mereka ini mampu melaksanakan.


Oleh sebab itu wahai Syechk Achmad engkau sabdakan kepada semua ummat manusia di dunia supaya berbuat kebajikan dan menyembah kepada Allah SWT.

"Demikian pesan Rasulullah kepada hamba, Maka berdasarkan pesan Rasulullah tersebut dan oleh karenanya hamba berpesan kepada segenap ummat Islam di dunia..

Pesanan nabi:

a. Bersalawatlah kepada Nabi Besar kita Muhammad SAW.

b.. Janganlah bermalas-malasan untuk mengerjakan sholat 5 ( lima )waktu.

c. Bershadaqoh dan berzakatlah dengan segera, santuni anak-anak yatim piatu.

d. Berpuasalah dibulan ramadhan serta kalau mampu tunaikan segera ibadah haji.


PERHATIAN:
Bagi siapa saja yang membaca surat ini hendaklah menyalin/mengcopynya untuk disampaikan kepada orang-orang lain yang beriman kepada hari penghabisan / kiamat. Hari kiamat akan segera tiba dan batu bintang akan terbit, Al'Quran akan hilang dan matahari akan dekat di atas kepala, saat itulah manusia akan panik. Itulah akibat dari kelakuan mereka yang selalu menuruti hawa nafsu dalam jiwa.
Dan barang siapa yang menyebarkan surat ini sebanyak 20 (dua puluh) lembar dan disebarkan kepada teman-teman / rekan-rekan anda. Atau Masyarakat Islam sekitarnya, maka percayalah anda akan memperoleh keuntungan setelah dua minggu kemudian. ......................

Datangnya 2 maklumat yang sudah kita semua dengar bekali-kali ini mengingatkan saya untuk kita ingat-mengingat sesama...moga-moga beroleh keberkatan...bukan keuntungan dan kecemerlangan dunia semata yang kita harapkan...keredhaan Ilahi sasaran utama kita kerana finally kesanalah kita... Sekian.

Pusat Latihan Port Dickson .......pejabat resmi MYA..?(Siri2)

6. Pada tahun 2008 pembinaan kompleks latihan perahu layar kebangsaan bertempat di Kuah Langkawi hak milik sendiri MSN telah siap 90%. Maka pada bulan Mac 2008 pusat latihan milik sendiri MSN ini telah beroperasi sepenuhnya dimana secara resmi atlet yang bertempat di Port Dickson telah dipindahkan ke pusat latihan kebangsaan ini. Walau bagaimanapun pusat latihan di Apartment Tg Tuan Resort masih lagi beroperasi untuk atlet-atlet Pra-U Bukit Jalil bagi menjalani latihan pelayaran mereka. Penempatan telah dikurangkan dengan hanya 1 bilik penthouse sahaja yang disewa. Bagi tujuan ini maka setaf MYA yang juga ditempatkan disini dikatakan diminta untuk turut mengawasi latihan pelayaran atlet dan beliau di tempatkan di penthouse yang sama. Dikhabarkan pemantauan tidak dilakukan dengan baik dimana setaf ini sering terpaksa berulang-alik ke kampungnya di luar Negeri Sembilan dan...pada hujung minggu juga merupakan hari cuti beliau..

7. Dimaklumkan prestasi atlet-atlet ini yang dikatakan merosot dengan agak teruk pada tahun 2008 - 2009 salah satu puncanya kerana tiada pengawalan dan pemantauan yang sewajarnya semasa mereka melakukan latihan. (Bukan itusaja tiada program disediakan utk mereka.....itu yang selalu saya dengar semasa jumpa ngan atlet kat kejohanan.......???)

8. Penggunaan tempat latihan ini berterusan sehinggalah tahun ini. Tidak pula saya tahu adakah MYA yang membuat pembayaran pendahuluan terlebih dahulu seperti yang selalu dilakukan terhadap program-proggram bersama MSN-MYA ataupun sebaliknya dibayar terus oleh MSN kepada pihak apartment....tetapi rasanya pembayaran dibuat terus.

PERSOALAN:

  1. Sekiranya telah di sita/tidak dibenarkan guna di mana atlet-atlet yang base di UPM/Pra U (hingga kina ada 4 orang) akan meneruskan latihan pelayaran mereka? bagaimana dengan penginapan mereka sekiranya mereka masih berlatih di Port Dickson? Bagaimana dengan pengawalan terhadap latihan mereka? Apakah masalah 2008-2009 akan dapat diatasi terutama terhadap urus selia semasa atlet menjalani latihan?
  2. Apakah peralatan-peralatan bot, peralatan pejabat, peralatan gym dapat dikeluarkan atau turut kena seal? Kalau boleh dikeluarkan kemana peralatan-peralatan tersebut dipindahkan.
  3. Sekiranya ada alternatif tempat latihan yang lain apakah kos yang terlibat? Adakah lebih kurang sama.......Adakah lengkap peralatan untuk atlet melakukan latihan fizikal dan pelayaran? Adakah pembayaran dibuat secara bulanan ataupun sebaliknya hanya semasa atlet hadir semasa latihan sahaja dan dikira kepada berapa atlet, kerana contohnya sekarang hanya 1 atlet sahaja berulang alik ke Port Dickson-UPM dan itupun tak nampak kelibatnyakan baru-baru ini? Adakah kos-kos lain turut terlibat....
  4. Bagaimana dengan pejabat MYA sekarang dimanakah ianya akan di alamat. Apakah akan ada alamat baru. Setiausaha Kehormat bertempat di Putrajaya. Manakala Program Prestasi tinggi atlet kebangsaan dan Pengurus Besar bertempat di Langkawi...Pejabat MYA pula di Port Dickson dan kononnya setaf yang di tempatkan di Port Dickson ini juga mendapat bantuan elaun dari MSN untuk membantu persatuan dari segi pentadbiran dan tentunya berkaitan memudahkan urusan persatuan dalam menyelenggarakan urusan berkaitan dengan program-program berterusan melibatkan MSN (Pembangunan Sukan Prestasi tinggi atlet). Pengurusan kewangan pula bertempat di Pasir Gudang, Johor. Jadi apakah keperluannya di tempatkan di Port Dickson. Dan di manakah operasi MYA lebih sesuai berpusat?
  5. Adakah diambilkira semua kos dan masa sekiranya atlet ini menjalani latihan di P.Dickson atau alternatif tempat lain lebih menjimatkan dari membiayai atlet terus menjalani latihan di PL Kebangsaan Langkawi dengan pembiayaan kapalterbang airasia yang diuruskan lebih awal.
  6. Berapa lamakah atlet ini berlatih di luar PL kebangsaan pada tahun ini...adakah hanya bersifat sementara....Bukankah tahun ini Sukan Asia akan diadakan...so cam no dengan latihan atlet adakah hanya masih hujung minggu sahaja berlatih dan tiada program padat dan memerlukan mereka berada di luar negara contohnya....ataupun berlatih di bawah seliaan jurulatih yang sepatutnya mengajar mereka.
  7. Bagaimana dengan atlet-atlet pelayaran lain yang terlibat dengan pengajian Pra-U (lepasan SPM) jika ada.....tiadakah alternatif lain.....kelemahan dan kegagalan 2008 - 2009 akan berulang kepada atlet yang lain pula?.....
Apakah cadangan anda....pandangan saya akan saya ulaskan .....nanti episode berikutnya.....

Tuesday, February 9, 2010

Sail Auckland & Latihan Luar Negara kelas Double Handed

Seperti yang dijanjikan dikotakan.... Ulasan keputusan Sail Auckland.

Sebelum mengulas kejohanan ini. Saya ingin menucapkan terimakasih atas info dari komen arbisailingcorner berkenaan dengan kejohanan Sail Auckland.

Jadi pada kejohanan ini beberapa perkara telah dapat disimpulkan antaranya:
  1. Angin adalah perlahan pada kebanyakan pertandingan ini berdasarkan dari laporan dari web kejohanan: 1. "Saturday: Racing has begun! We have a light nor-easterly breeze and Course A is again set up between the Kohimarama Yacht Club and Bean Rock, with the Lasers set up further to the right off St.Heliers Bay beach. We currently have 5 knots, so lots of light airs racing!!". 2. "The race committee worked exceptionally hard on day three of Singapore Airlines Sail Auckland to complete three races for the 29er, 49er, 420 & 470 classes. The laser classes were next to leave the beach and completed an impressive four races to make up for no racing yesterday"
  2. Angin juga dimaklumkan terdapat banyak shifty dan puffy semasa angin light wind ada kawasan yang ketiadaan angin.
  3. Berdasaskan kepada fakta di atas maka saya berpendapat keutamaan pelayaran adalah faktor taktikal dan strategi pertandingan adalah penting terutama melibatkan keupayaan atlet melihat, menilai kawasan yang untung pada gelanggang pertandingan dan seterusnya melakukan percaturan pertandingan terhadap lawan dan "fleet".
  4. Kemahiran pengendalian semasa angin perlahan juga merupakan faktor utama atlet supaya dapat sentiasa berada pada kelajuan maksima tetapi ini merupakan keutamaan kedua berbanding dengan berada pada side yang betul semasa angin perlahan dan shifty.
  5. Keutamaan kedua ini dikongsi dengan teknologi bot yang terbaik. Dimaklumkan bot Int 470 adalah bot terbaik yang dimiliki atlet baru sahaja di beli untuk beberapa bulan dan bot Int 420 juga merupakan bot yang baik. Semua urusan penyediaan bot telah disediakan oleh jurulatih dari New Zealand yang dipilih sebagai jurulatih asing luar negara kita bagi kelas double handed.
Jadi berdasarkan fakta di atas maka saya merasakan atlet-atlet yang ini yang berpusat di PLPLK Langkawi sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk beraksi cemerlang kerana mereka telah biasa berlatih dengan keadaan sebegini terutamanya ketika angin darat (angin timur) yang bertiup secara kerap terutamanya sepanjang hujung tahun seperti pengalaman yang kita alami semasa Kejohanan Kebangsaan tahun 2009 dan Kejohanan RPAL yang baru berakhir baru-baru ini.
Dengan keputusan yang baik terhadap kelas International 420 ini maka saya percaya MYA melalui pihak pengurusan dan jurulatih yang terlibat telah menyediakan program latihan yang betul, berkualiti dan atlet berjaya menyerap dengan kemahiran yang diajar.
Manakala bagi kelas International 470 saya dimaklumkan yang pasangan ini tidak banyak berlatih di Langkawi sepanjang tahun lepas....betulkah?? dan mereka lebih banyak menghabiskan masa latihan di MSN Bukit Jalil (atlet Prau U & Universiti) dan di Port Dickson...juga dimaklumkan semasa di Port Dickson mereka berlatih tanpa seliaan jurulatih hanya atas diri sendiri sahaja...apa dah jadi? berkesankah latihan mereka?..tetapi kalau kekuatan displin, mental dan motivasi diri tinggi tiada masalah sangat rasanya.....kuek ko...?. Mereka ini juga dikatakan sibuk dengan peperiksaan terutama pada penghujung tahun.. Selepas peperiksaan mereka telah dihantar untuk menjalani latihan diluar negara juga kek Auckland...kira-kira hampir 2 bulan gitu....sepatutnya tiada masalah kalau dah biasa kat sana? Oh...diberitahu juga mereka ini bukan base latihannya kat venue Sail Auckland ni tetapi di venue yang purata hariannya angin melebihi 15kts dan berombak. patut pun....mungkin ini juga faktor penyumbang kepada kekalahan kot......dah lama tak training angin perlahan di bawah 8kts....getting confuse between priority of handling and tactical between strong wind and light wind.

Untuk pengetahuan semua atlet ini akan meneruskan latihan di Auckland hingga 5hb Mac dan khabarnya lagi kemungkinan kelas Int 470 akan lebih lama lagi kat sana. Juga selepas ini mereka akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Kebangsaan New Zealand sebelum berlepas pulang ke Malaysia.

Apa-apa pun diucapkan selamat maju jaya dan berlatihlah dengan bersungguh-sungguh. Ambil peluang yang jarang sekali atlet lain dapat (terutamanya kami bekas atlet dan atlet-atlet negeri yang tak dapat merasa).

Sekian salam.....saya akan mengikuti perkembangan mereka semasa kejohanan kebangsaan New Zealand nanti.

Sunday, February 7, 2010

Keputusan Sail Auckland 2010



Keputusan penuh Sail Auckland boleh di dapati di:
http://www.sailauckland.org.nz/results/results-final-day-sunday/

Tahniah kepada pasangan International 420 perempuan (ke-3) dan 420 lelaki (ke-4).
Keputusan International 470 didapati kurang membanggakan (ke-7 dari 8 bot).

Saya akan cuba mendapatkan ulasan dan gambaran kejohanan terutamanya mengapa keputusan International 470 tidaklah begitu membanggakan jika hendak dibandingkan dengan keputusan yang dicapai oleh pasangan dari Singapore. Juga dilihat Ku Anas mendapat DNE

Saturday, February 6, 2010

Pusat Latihan Port Dickson .......pejabat resmi MYA..?(Siri1)

Kira-kira hampir 2 minggu lepas berita terkini ditiup angin lalu sampai kehalwa telinga saya...
Kononnya bekas pusat latihan perahu layar kebangsaan yang bertempat di Port Dickson telah ditutup...tidak boleh guna gitu..gitu. Ini disebabkan pihak tuan punya bangunan, Tg Tuan Apartment Resort khabarnya telah tidak membenarkan penggunaannya setelah pembayaran sewa yang selama ini ditanggung oleh Majlis Sukan Negara (MSN) telah lewat dibuat pembayaran (entah berapa bulan tak pula saya dimaklumkan). Oleh kerana ianya hanyalah khabar angin maka kebenarannya adalah tidaklah sahih. Mungkin benar, mungkin tidak..ataupun benar tu benarlah tetapi alasannya tidak...mungkin dah tamat tempoh perjanjian kot dan perjanjian baru tak direnewkan..heh..heh....jadi hanya MYA sahajalah yang ada jawapannya.
Untuk makluman Pusat ini tidak lagi berfungsi sepenuhnya dan khabarnya hanya menempatkan 1 x staf MYA dan untuk penempatan atlet-atlet Perahu Layar Pra-U Bukit Jalil dan UPM yang hanya turun ke P Dickson pada hujung minggu sahaja. Selain penyewaan 1 apartment yang menempatkan atlet semasa turun ke P Dickson, juga terdapat 1 ruang pejabat, 1 ruang setor, tempat parking bot berbumbung, menara kawalan dan juga 1 ruang penyimpanan layar dan peralatan basah yang semuanya terdapat disudut ruangan parking Tg Tuan Apartment atas biayaan MSN. Juga khabarnya terdapat peralatan gym yang ditempatkan dibilik squash yang diubahsuai menjadi bilik gym termasuk di dalamnya 1 x multi station, peralatan barbell, dumbell & station juga terdapat 2 x rowing machine disini, kononnya siap bercermin lagi. Kat pusat Langkawi pun dikatakan tiada bercermin. Ruangan pejabat inilah menjadi pejabat resmi MYA rasanya kerana alamat surat menyurat MYA adalah beralamat di sini, kalau tak caya lihat kat website MYA dan rujuk letter head MYA. Juga masih terdapat beberapa bot MSN-MYA dan bot sampan fiber untuk kegunaan latihan atlet di atas....mungkin dah diletakkan di kelab RPDYC kot.

Saya cuba mengorek sejarah pusat ini dan kronologinya lebih kurang beginilah ceritanya
1.Pusat ini mula bertapak di Port Dickson pada tahun 2001 semasa Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Sea setelah Port Dickson dipilih sebagai venue bagi acara Perahu Layar. Beberapa tempat telah dicadangkan sepanjang pantai Port Dickson berhampiran dengan Kelab RPDYC dan akhirnya persetujuan telah di capai antara MYA-MSN dan pihak pengurusan Tg Tuan Apartment Resort untuk memilih apartment ini sebagai pusat latihan pasukan kebangsaan. Selain sebagai pusat latihan dengan bot-bot diletakka diruangan terbuka parking kereta juga menempatkan atlet-atlet di beberapa bilik penthouse dan apartment. Wow...duduk kat penthouse lagi tu..tak merasa den.
2. Setelah berakhir Sukan Sea dan dengan kejayaan cemerlang buat pertama kali memenangi 5 pingat emas maka pada tahun 2002 di bawah Program Gemilang 2002, MSN-MYA bersetuju untuk meneruskan program latihan bertempat di Apartment resort ini.
3. Kegagalan Sukan Asia 2002 untuk menepati sasaran besar MSN-MYA (rasanya dari keratan akhbar 2 emas kot diaorang sasarkan, 1 pun tak sangkut) maka pada tahun 2003 telah tidak disambung program bertempat di pusat ini, malahan pada masa itu tidakpun ada latihan pusat bagi atlet kebangsaan. Latihan pada masa itu bertempat di pusat latihan negeri masing-masing
4. Pada tahun 2004 juga tiada apa-apa perkembangan. Tetapi pada masa tersebut kononnya Program Gemilang 2006 (beberapa kali bertukar nama selepas itu sehingga terakhir Doha 2006)telah dilancarkan dan program sepenuh masa atlet kebangsaan bagi sukan perahu layar telah dipersetujui. Pada penghujung tahun 2004 beberapa-beberapa atlet kebangsaan telah di tempatkan di Port Dickson tetapi bertempat di RPDYC sebagai venue latihan dan penginapan mereka di tempatkan di PD Perdana.
5. Tahun 2005 - 2007 latihan sepenuh masa atlet kebangsaan perahu layar bermula sekali lagi bertempat di Port Dickson dan sekali lagi Tg Tuan Apartment Resort dipilih sebagai pusat latihan pasukan. MSN bermurah hati untuk membiayai sepenuhnya perbelanjaan pasukan sepanjang program. Pada masa inilah pembinaan ruang pejabat, bilik setor, ruangan parking bot berbumbung, ruang penyimpanan layar dan peralatan basah telah dibina atas pembiayaan MSN. Begitu juga dengan melengkapkan bilik gymnasium yang menggunakan bilik squash yang diubah suai (masa melawat kat sana tak nampak pun bilik gym ni..rupanya ada kat tingkat atas restoren apartmen...patutlah). Dengan pembinaan-pembinaan peralatan tambahan bermakna beban kos juga bertambah kerana selain membayar sewaan beberapa aprtment juga terpaksa membayar bil elektrik dan air yang telah dipasang meter berasingan diruangan yang dibina. Pada masa ini juga telah kerap berlaku masalah kelewatan pembayaran kepada Tg Tuan Apartmen Resort...isu kelewatan ini juga telah menjadi topik hangat umum dimana kita faham masalah peruntukan lewat kerajaan melalui KBS kepada MSN; juga berlaku MSN terpaksa menampung beberapa program yang bagi saya rasa tidak sepatutnya mereka tanggung sebagai badan yang bertanggung jawab terhadap sukan prestasi tinggi bukannya massa sport.

Bersambunglah...... sikit je lagi apa patut dilakukan....ke atas pusat latihan ini?
Ada cadangan......komenlah

Thursday, February 4, 2010

ASC ke Sail Auckland...pembangunan....pembangunan

Hingga kini belum lagi mendapat khabar dari kekawan mengenai ASC nih....spy karat pun x mau bagi banyak info....katanya atlet kebangsaan kebanyakan ada nama dimajukan.. kekawan elit katanya semua dimajukan dan mendapat sokongan MSN tetapi Pelapis kebangsaan hanya Optimist sahaja yang di sokong MSN (atlet kebangsaan sekarang ni ada elit dan pelapis dan diberitahu dalam elit ada pula back-up elit....adalagi tu pelapis ni katanya kat negeri-negeri pun ada dipanggil pelapis negeri dan pelapis serantau...pula untuk zon-zon tertentu...x taulak sailing dah ade ke zon serantau.. kalau ade kek mano?) Khabarnya cadangan nama beberapa atlet negeri telah dimajukan kepada MYA...akan diulas nanti kalau ada apa-apa news.

Apa pun kali ni saya membawa berita dari Auckland..baru kejap tadi ada geng dari Auckland ada membawa berita dari sana. Atlet 420/470 kita yang sedang berjuang di Sail Auckland telah pun memulakan pertarungan hari pertama.
Keputusan dan perkembangan boleh dilayari di laman http://www.sailauckland.org.nz/. Ringkas keputusan:
Int 420

Sailed: 3, Discards: 0, To count: 3, Entries: 14, Scoring system: Appendix A

Rank

Fleet

Divison

SailNo

First Name

Crew Name

Yacht Club

Nation

R1

R2

R3

Total

Nett

1st 420 Youth Men 53928 James Turner Logan Dunning-Beck Murrays Bay SC NZL 1 4 ZFP 1 6 6
2nd 420 Youth Men 52358 Alex Munro Luke Stevenson Wakatere BC NZL 2 2 3 7 7
3rd 420 Youth Men 53461 Mohamad Hafizzudin Mazelan Kuanas MYA MAS 4 4 2 10 10
4th 420 Women 52713 Erica Dawson Vicki Francis Murrays Bay SC NZL 3 3 4 10 10
5th 420 Youth Women 50382 Khairunnissa Mohd Afendy Nora Shikin MYA MAS 5 7 5 17 17
6th 420 Youth Men 51986 Tomer Simphony Brad Moss Murrays Bay SC NZL 8 6 10 ZFP 24 24
7th 420 Youth Women 52716 Stacey Swanson Alice Pearson Evans Bay YPBC NZL 7 8 10 25 25
8th 420 Youth Women 52712 Jessica Helm Svenja Wegner MBSC NZL 6 9 11 26 26
9th 420 Open 52364 Gye Simkin Paul Moriaty New Plymouth YC NZL 10 10 6 26 26
10th 420 Youth Women 52571 Naomi Mannering Briar Mannering Murrays Bay SC NZL 9 12 9 30 30
11th 420 Women 52363 Brittany Wornall Emma Goodwin Mt Pleasant SC NZL 11 5 15 DNC 31 31
12th 420 Youth Men 52711 Sam Mackay Wade Tresadern Napier SC NZL 12 11 12 35 35
13th 420 Women 52577 Susannah Pyatt Stephanie Hazard RNZYS NZL 13 15 OCS 8 36 36
14th 420 Open 52718 Paul Francis Julia Francis MBSC/TBC NZL 14 13 13 40 40

Int 470

Sailed: 3, Discards: 0, To count: 3, Entries: 9, Scoring system: Appendix A

Rank

Fleet

Divison

Nation

Sail Number

Helm

Crew Name

Yacht Club

R1

R2

R3

Total

Nett

1st 470 Men NZL 198 Mark Overington Ben Goodwin Murrays Bay SC 1 1 2 4 4
2nd 470 Men SIN 23 Roy Jun Hao Tay Terence Seng Kiat Koh Singapore Sailing 3 2 5 10 10
3rd 470 Women NZL 75 Jo Aleh Olivia Powrie RNZYS 10 OCS 3 1 14 14
4th 470 Men NZL 201 Francisco Lardies Finn Drummond Glendowie/Wakatere 2 9 ZFP 3 14 14
5th 470 Men MAS 1 Razman Mat Ali Ahmad Hakhimi MYA 4 4 8 16 16
6th 470 Men SWE 294 Nicklas Dackhammar Fredrik Bergstrm GKSS 6 6 6 18 18
7th 470 Men NZL 212 Mike Snow-Hansen Jason Saunders Wakatere BC/TYPBC 7 8 4 19 19
8th 470 Men NZL 98 Geoff Woolley Chris Dawson RNZYS 10 OCS 5 7 22 22
9th 470 Women NZL 206 Sarah Berry Emma Berry RPNYC 5 9 9 23 23

Result sahabat kita kek Auckland setakat hari pertama ini ada sedikit membanggakan kita terutamanya bagi kelas double handed International 420. Setelah kelas double handed ini struggle tahun demi tahun selepas kejayaan Kelly Yin meraih emas di Sukan Sea 2001 (ok lah walaupun kita tuan rumah janji emas ma) diikuti dengan kegagalan skuad impian 2002 di Busan perkembangan kelas ini tidaklah membanggakan sehinggalah Hazim rasanya mendapat result ke-7 diKejohanan ISAF Volvo Youth di Korea. Selepas itu kelas ini tidak mendapat pemerhatian sewajarnya baik pembangunan dalam negara mahupun pembangunan luar negara.

Kenapa? dimanakah silapnya, apakah kelemahan utama:
  1. adakah tiada program pembangunan dilakukan untuk kelas ini? Usaha Tangga Jaya Tiada usaha tiada kejayaan. Usaha harus bermula dari grass root macam Optimist juga bukan setakat dipusat latihan kebangsaan sahaja. Itu dah 90% MSN dah jalankan, mana peranan MYA
  2. adakah tiada jurulatih diperingkat negeri? Kalau tiada kenapa bahagian pembangunan MYA juga bahagian kejurulatihan MYA melakukan sesuatu? tiada wang...tiada idea...atau... tiada masa....bukankan wang tajaan KFC itu tujuan utamanya untuk pembangunan bukan sekadar nak dibidak-bidakkan kepada negeri atas nama pentadbiran dan penganjuran kejohanan sahaja, tercapaikah matlamat pembangunan atas sekadar itu sahaja? atau tak ada KPIkah MYA. Marah nanti PM kita, berbuih dia berkata berkenaan KPI-KRA kalau takleh jadi ikutan.
  3. Apakah jurulatih-jurulatih kebangsaan tidak boleh diminta kerjasama membantu membangunkan kelas double handed ini terutamanya mengadakan klinik-klinik tempatan. Apakah mereka ini tersangat sibuknya hinggakan tiada sedikit ruangpun untuk mengadakan klinik.... ataupun pengerusi pembangunan tak terfikir untuk melakukan sebarang inisiatif? Saya ada terlihat dalam kalendar MYA pada hujung Januari lalu ada satu kem ke klinik ke tah apa tah....jadik ke...khabarnya foreign coach lagi tu dijemput...kenapa ambo kek negeri ni x dengar apa-apa berita pun...heh..heh.
  4. Tidakkah usaha membangunkan kelas ini juga adalah peranan MYA terutamanya apabila kelas ini mula mendapat perhatian MSN yang sebelum ini pada akhir abad ke-20 terlebih menumpu kepada kelas Optimist terutamanya, ataupun MYA masih berada di abad ke-20 masih belum mahu melangkah jauh. ataupun ada yang tidak mahu.. takut untuk maju dan tidak mahu?
  5. apakah tiada bot dinegeri-negeri? Rasanya MYA dengan bangganya pada suatu masa selepas Sukan Sea 2001 (tahun berapa ye?) telah menyerahkan bot International 420 kepada beberapa negeri yang dikatakan aktif bagi membangunkan kelas ini. Dah berapa tahun selepas itu..kalau diadakan KPI majukah kita? Persatuan negeri melalui MSN negari dibawah skim bantuan MSN negara juga telah membeli beberapa bot Int 420 kepada negeri-negeri..Tak bolehkah dengan sedikit sahaja usaha lagi meneruskan kesinambungan ini.
  6. Kesudian MSN memasukkan acara ini ke dalam acara SUKMA atas cadangan ahli komiti MYA sebelum ini haruslah diteruskan ke peringkat seterusnya..jangan sekadar melepaskan batuk ditangga. Kata harus dikota..jangan sekadar menanam tebu di bibir mulut. Pendek kata bukan sekadar kelas double handed ini.. tetapi wajib kepada kelas-kelas lain yang MSN telah bersetuju dan bersungguh-sungguh membantu menaikkan sukan pelayaran di negara kita...Ayuh MYA bangunkan semangat negeri-negeri di bawah naungan anda...jauhkan kepentingan peribadi..ingatlah jatuh bangun sukan pelayaran kebangsaan di bahu anda..nama-nama mu tetap ku kenang...harimau meningalkan belang...manusia meninggalkan nama (baik atau buruk).
  7. Atau sebenarnya kita ini anti pembangunan....? Tepuk dada tanya selera. Rumbia kalau tak dipecahkan ruyungnya mana nak dapat sagunya....