Sebelum mengulas kejohanan ini. Saya ingin menucapkan terimakasih atas info dari komen arbisailingcorner berkenaan dengan kejohanan Sail Auckland.
Jadi pada kejohanan ini beberapa perkara telah dapat disimpulkan antaranya:
- Angin adalah perlahan pada kebanyakan pertandingan ini berdasarkan dari laporan dari web kejohanan: 1. "Saturday: Racing has begun! We have a light nor-easterly breeze and Course A is again set up between the Kohimarama Yacht Club and Bean Rock, with the Lasers set up further to the right off St.Heliers Bay beach. We currently have 5 knots, so lots of light airs racing!!". 2. "The race committee worked exceptionally hard on day three of Singapore Airlines Sail Auckland to complete three races for the 29er, 49er, 420 & 470 classes. The laser classes were next to leave the beach and completed an impressive four races to make up for no racing yesterday"
- Angin juga dimaklumkan terdapat banyak shifty dan puffy semasa angin light wind ada kawasan yang ketiadaan angin.
- Berdasaskan kepada fakta di atas maka saya berpendapat keutamaan pelayaran adalah faktor taktikal dan strategi pertandingan adalah penting terutama melibatkan keupayaan atlet melihat, menilai kawasan yang untung pada gelanggang pertandingan dan seterusnya melakukan percaturan pertandingan terhadap lawan dan "fleet".
- Kemahiran pengendalian semasa angin perlahan juga merupakan faktor utama atlet supaya dapat sentiasa berada pada kelajuan maksima tetapi ini merupakan keutamaan kedua berbanding dengan berada pada side yang betul semasa angin perlahan dan shifty.
- Keutamaan kedua ini dikongsi dengan teknologi bot yang terbaik. Dimaklumkan bot Int 470 adalah bot terbaik yang dimiliki atlet baru sahaja di beli untuk beberapa bulan dan bot Int 420 juga merupakan bot yang baik. Semua urusan penyediaan bot telah disediakan oleh jurulatih dari New Zealand yang dipilih sebagai jurulatih asing luar negara kita bagi kelas double handed.
Dengan keputusan yang baik terhadap kelas International 420 ini maka saya percaya MYA melalui pihak pengurusan dan jurulatih yang terlibat telah menyediakan program latihan yang betul, berkualiti dan atlet berjaya menyerap dengan kemahiran yang diajar.
Manakala bagi kelas International 470 saya dimaklumkan yang pasangan ini tidak banyak berlatih di Langkawi sepanjang tahun lepas....betulkah?? dan mereka lebih banyak menghabiskan masa latihan di MSN Bukit Jalil (atlet Prau U & Universiti) dan di Port Dickson...juga dimaklumkan semasa di Port Dickson mereka berlatih tanpa seliaan jurulatih hanya atas diri sendiri sahaja...apa dah jadi? berkesankah latihan mereka?..tetapi kalau kekuatan displin, mental dan motivasi diri tinggi tiada masalah sangat rasanya.....kuek ko...?. Mereka ini juga dikatakan sibuk dengan peperiksaan terutama pada penghujung tahun.. Selepas peperiksaan mereka telah dihantar untuk menjalani latihan diluar negara juga kek Auckland...kira-kira hampir 2 bulan gitu....sepatutnya tiada masalah kalau dah biasa kat sana? Oh...diberitahu juga mereka ini bukan base latihannya kat venue Sail Auckland ni tetapi di venue yang purata hariannya angin melebihi 15kts dan berombak. patut pun....mungkin ini juga faktor penyumbang kepada kekalahan kot......dah lama tak training angin perlahan di bawah 8kts....getting confuse between priority of handling and tactical between strong wind and light wind.
Untuk pengetahuan semua atlet ini akan meneruskan latihan di Auckland hingga 5hb Mac dan khabarnya lagi kemungkinan kelas Int 470 akan lebih lama lagi kat sana. Juga selepas ini mereka akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Kebangsaan New Zealand sebelum berlepas pulang ke Malaysia.
Apa-apa pun diucapkan selamat maju jaya dan berlatihlah dengan bersungguh-sungguh. Ambil peluang yang jarang sekali atlet lain dapat (terutamanya kami bekas atlet dan atlet-atlet negeri yang tak dapat merasa).
Sekian salam.....saya akan mengikuti perkembangan mereka semasa kejohanan kebangsaan New Zealand nanti.
Ada beberapa gambar menarik pelayar kita kat Auckland disini:
ReplyDeletehttp://picasaweb.google.com/snowhansen/SailAuckland2010WaitangiDay#5435263331533620466