Thursday, February 4, 2010

ASC ke Sail Auckland...pembangunan....pembangunan

Hingga kini belum lagi mendapat khabar dari kekawan mengenai ASC nih....spy karat pun x mau bagi banyak info....katanya atlet kebangsaan kebanyakan ada nama dimajukan.. kekawan elit katanya semua dimajukan dan mendapat sokongan MSN tetapi Pelapis kebangsaan hanya Optimist sahaja yang di sokong MSN (atlet kebangsaan sekarang ni ada elit dan pelapis dan diberitahu dalam elit ada pula back-up elit....adalagi tu pelapis ni katanya kat negeri-negeri pun ada dipanggil pelapis negeri dan pelapis serantau...pula untuk zon-zon tertentu...x taulak sailing dah ade ke zon serantau.. kalau ade kek mano?) Khabarnya cadangan nama beberapa atlet negeri telah dimajukan kepada MYA...akan diulas nanti kalau ada apa-apa news.

Apa pun kali ni saya membawa berita dari Auckland..baru kejap tadi ada geng dari Auckland ada membawa berita dari sana. Atlet 420/470 kita yang sedang berjuang di Sail Auckland telah pun memulakan pertarungan hari pertama.
Keputusan dan perkembangan boleh dilayari di laman http://www.sailauckland.org.nz/. Ringkas keputusan:
Int 420

Sailed: 3, Discards: 0, To count: 3, Entries: 14, Scoring system: Appendix A

Rank

Fleet

Divison

SailNo

First Name

Crew Name

Yacht Club

Nation

R1

R2

R3

Total

Nett

1st 420 Youth Men 53928 James Turner Logan Dunning-Beck Murrays Bay SC NZL 1 4 ZFP 1 6 6
2nd 420 Youth Men 52358 Alex Munro Luke Stevenson Wakatere BC NZL 2 2 3 7 7
3rd 420 Youth Men 53461 Mohamad Hafizzudin Mazelan Kuanas MYA MAS 4 4 2 10 10
4th 420 Women 52713 Erica Dawson Vicki Francis Murrays Bay SC NZL 3 3 4 10 10
5th 420 Youth Women 50382 Khairunnissa Mohd Afendy Nora Shikin MYA MAS 5 7 5 17 17
6th 420 Youth Men 51986 Tomer Simphony Brad Moss Murrays Bay SC NZL 8 6 10 ZFP 24 24
7th 420 Youth Women 52716 Stacey Swanson Alice Pearson Evans Bay YPBC NZL 7 8 10 25 25
8th 420 Youth Women 52712 Jessica Helm Svenja Wegner MBSC NZL 6 9 11 26 26
9th 420 Open 52364 Gye Simkin Paul Moriaty New Plymouth YC NZL 10 10 6 26 26
10th 420 Youth Women 52571 Naomi Mannering Briar Mannering Murrays Bay SC NZL 9 12 9 30 30
11th 420 Women 52363 Brittany Wornall Emma Goodwin Mt Pleasant SC NZL 11 5 15 DNC 31 31
12th 420 Youth Men 52711 Sam Mackay Wade Tresadern Napier SC NZL 12 11 12 35 35
13th 420 Women 52577 Susannah Pyatt Stephanie Hazard RNZYS NZL 13 15 OCS 8 36 36
14th 420 Open 52718 Paul Francis Julia Francis MBSC/TBC NZL 14 13 13 40 40

Int 470

Sailed: 3, Discards: 0, To count: 3, Entries: 9, Scoring system: Appendix A

Rank

Fleet

Divison

Nation

Sail Number

Helm

Crew Name

Yacht Club

R1

R2

R3

Total

Nett

1st 470 Men NZL 198 Mark Overington Ben Goodwin Murrays Bay SC 1 1 2 4 4
2nd 470 Men SIN 23 Roy Jun Hao Tay Terence Seng Kiat Koh Singapore Sailing 3 2 5 10 10
3rd 470 Women NZL 75 Jo Aleh Olivia Powrie RNZYS 10 OCS 3 1 14 14
4th 470 Men NZL 201 Francisco Lardies Finn Drummond Glendowie/Wakatere 2 9 ZFP 3 14 14
5th 470 Men MAS 1 Razman Mat Ali Ahmad Hakhimi MYA 4 4 8 16 16
6th 470 Men SWE 294 Nicklas Dackhammar Fredrik Bergstrm GKSS 6 6 6 18 18
7th 470 Men NZL 212 Mike Snow-Hansen Jason Saunders Wakatere BC/TYPBC 7 8 4 19 19
8th 470 Men NZL 98 Geoff Woolley Chris Dawson RNZYS 10 OCS 5 7 22 22
9th 470 Women NZL 206 Sarah Berry Emma Berry RPNYC 5 9 9 23 23

Result sahabat kita kek Auckland setakat hari pertama ini ada sedikit membanggakan kita terutamanya bagi kelas double handed International 420. Setelah kelas double handed ini struggle tahun demi tahun selepas kejayaan Kelly Yin meraih emas di Sukan Sea 2001 (ok lah walaupun kita tuan rumah janji emas ma) diikuti dengan kegagalan skuad impian 2002 di Busan perkembangan kelas ini tidaklah membanggakan sehinggalah Hazim rasanya mendapat result ke-7 diKejohanan ISAF Volvo Youth di Korea. Selepas itu kelas ini tidak mendapat pemerhatian sewajarnya baik pembangunan dalam negara mahupun pembangunan luar negara.

Kenapa? dimanakah silapnya, apakah kelemahan utama:
  1. adakah tiada program pembangunan dilakukan untuk kelas ini? Usaha Tangga Jaya Tiada usaha tiada kejayaan. Usaha harus bermula dari grass root macam Optimist juga bukan setakat dipusat latihan kebangsaan sahaja. Itu dah 90% MSN dah jalankan, mana peranan MYA
  2. adakah tiada jurulatih diperingkat negeri? Kalau tiada kenapa bahagian pembangunan MYA juga bahagian kejurulatihan MYA melakukan sesuatu? tiada wang...tiada idea...atau... tiada masa....bukankan wang tajaan KFC itu tujuan utamanya untuk pembangunan bukan sekadar nak dibidak-bidakkan kepada negeri atas nama pentadbiran dan penganjuran kejohanan sahaja, tercapaikah matlamat pembangunan atas sekadar itu sahaja? atau tak ada KPIkah MYA. Marah nanti PM kita, berbuih dia berkata berkenaan KPI-KRA kalau takleh jadi ikutan.
  3. Apakah jurulatih-jurulatih kebangsaan tidak boleh diminta kerjasama membantu membangunkan kelas double handed ini terutamanya mengadakan klinik-klinik tempatan. Apakah mereka ini tersangat sibuknya hinggakan tiada sedikit ruangpun untuk mengadakan klinik.... ataupun pengerusi pembangunan tak terfikir untuk melakukan sebarang inisiatif? Saya ada terlihat dalam kalendar MYA pada hujung Januari lalu ada satu kem ke klinik ke tah apa tah....jadik ke...khabarnya foreign coach lagi tu dijemput...kenapa ambo kek negeri ni x dengar apa-apa berita pun...heh..heh.
  4. Tidakkah usaha membangunkan kelas ini juga adalah peranan MYA terutamanya apabila kelas ini mula mendapat perhatian MSN yang sebelum ini pada akhir abad ke-20 terlebih menumpu kepada kelas Optimist terutamanya, ataupun MYA masih berada di abad ke-20 masih belum mahu melangkah jauh. ataupun ada yang tidak mahu.. takut untuk maju dan tidak mahu?
  5. apakah tiada bot dinegeri-negeri? Rasanya MYA dengan bangganya pada suatu masa selepas Sukan Sea 2001 (tahun berapa ye?) telah menyerahkan bot International 420 kepada beberapa negeri yang dikatakan aktif bagi membangunkan kelas ini. Dah berapa tahun selepas itu..kalau diadakan KPI majukah kita? Persatuan negeri melalui MSN negari dibawah skim bantuan MSN negara juga telah membeli beberapa bot Int 420 kepada negeri-negeri..Tak bolehkah dengan sedikit sahaja usaha lagi meneruskan kesinambungan ini.
  6. Kesudian MSN memasukkan acara ini ke dalam acara SUKMA atas cadangan ahli komiti MYA sebelum ini haruslah diteruskan ke peringkat seterusnya..jangan sekadar melepaskan batuk ditangga. Kata harus dikota..jangan sekadar menanam tebu di bibir mulut. Pendek kata bukan sekadar kelas double handed ini.. tetapi wajib kepada kelas-kelas lain yang MSN telah bersetuju dan bersungguh-sungguh membantu menaikkan sukan pelayaran di negara kita...Ayuh MYA bangunkan semangat negeri-negeri di bawah naungan anda...jauhkan kepentingan peribadi..ingatlah jatuh bangun sukan pelayaran kebangsaan di bahu anda..nama-nama mu tetap ku kenang...harimau meningalkan belang...manusia meninggalkan nama (baik atau buruk).
  7. Atau sebenarnya kita ini anti pembangunan....? Tepuk dada tanya selera. Rumbia kalau tak dipecahkan ruyungnya mana nak dapat sagunya....

1 comment:

  1. Klinik Double Handed tu kita orang yang cadangkan di dalam program MYA dan dipersetujui oleh GM MYA untuk dimasukkan ke dalam kalendar. Bermatlamatkan untuk memberi peluang kepada pelayar dan jurulatih negeri untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka untuk kelas double handed 420 dan dalam masa yang sama membantu MYA dalam membangunkan dan meningkatkan tahap kelas double handed yang masih lagi tidak membanggakan dalam sukan pelayaran negara. Ianya sebahagian dari rangka aktiviti program latihan jurulatih asing Andrew Brown semasa latihan atlet kebangsaan di PLPLK Langkawi.
    Selepas tu orang-orang yang berkaitan dalam pengurusan MYA lah pula kena mainkan peranan..takkan nak suruh orang buat dari A sampai Z kot, lepas tu dapat...

    ReplyDelete