Monday, February 15, 2010

Berita dari Pusat Latihan Kebangsaan

Perkembangan-perkembangan terkini disampaikan kepada saya melalui info dalaman:
  1. Sebenornya seorang atlet kebangsaan sedang menjalani latihan di Perth Australia...konon di bawah program dari ISAF bagi negara-negara yang baru membangun bagi persediaan kelayakan Olimpik. Hanya kelas Laser Standard, Laser Radial Women, RSX lelaki dan perempuan sahaja khabarnya dipilih dan setiap kelas itu hanya 4-5 negara sahaja. Syabas sekurang-kurangnya atlet kita terpilih juga dan peluang untuk atlet menimba pengalaman apatah lagi tempat program ini dijalankan adalah sama venue dengan pertandingan kelayakan Olimpik pada tahun depan (2011). Ada berita kurang sedap sikit...atlet ini kononnya dikhabarkan tidak mendapat peruntukan secukupnya semasa pelepasan dan terpaksa meminjam...pinjam along ke....cam no ni....?? dah okdah katanya....heh
  2. Perkembangan latihan di Auckland bagi kelas International 420 juga khabarnya berjalan lancar. Pasangan Ku Anas dan Mohd Hafizzudin baru sahaja memenangi pertandingan tempatan dalam keadaan angin melebihi 20kts pada beberapa pertandingan.....sudah mula menampakkan hasil nampaknya apatah lagi strong wind selalu dikatakan alasan utama kegagalan pelayar....Syabas coach M. Zaidi dan juga Andrew Grown jurulatih asing yang telah dilantik untuk kelas double handed dari hujung tahun lepas....Kenapa kepakaran jurulatih ini tidak sama-sama digunakan bagi pembangunan dalam negara.....Pembangunan please do something...? Pasukan di New Zealand ini juga khabarnya mengalami masalah kewangan seperti mana berlaku kepada atlet di Perth....Alahai...MSN...MYA!!!juga dah ok....kenapa kena ko dulu baru ok...takleh ke ok...dari awal.
  3. Juga dimaklumkan sekumpulan atlet kebangsaan elit dan pelapis akan berlepas ke Doha, Qatar bagi kejohanan terbuka antarabangsa disana. Bermakna hampir kosonglah pusat latihan kita....Beberapa atlet sahaja yang tidak pergi itupun atlet pelapis kelas double handed pelapis (adalah 3 -4 orang gitu yang tertinggal)...Ini ada kes kelakor hangat nihh....2 orang atlet yang nak diantar tiada tiket.....huuuhhuu menangis budak tu kat airport...tak kesianke!...camno pengurusan? ....siape manager...nasib baik 1 orang tu ada orang advancekan dulu (sedara dia ke....bapak dia ke..nanti saya merisik lagi)....yang lagi sorang melopong balik pusat....sedih...hangat...malu..dan sayu...semua ada....Ini penangan cuti panjang ni...Gong Xi Fat Choi.
  4. Last....siapa bilang pusat latihan kebangsaan kita lengang.....saya dimaklumkan sedang berjalan satu klinik terbuka antarabangsa .... detail belum didapati lagi....berapa penyertaan...kelas apa....siapa hadir...dan lain-lain akan menyusul. Cam nilah kita nak. Gunakan sepenuhya pusat latihan ini untuk kepelbagaian aktiviti. Rasanya kalau nak meningkat ke tahap sampai ke Olimpik kita kena membangun kesemuanya termasuk dari segi kesesuaian dan kesediaan tempat supaya high kelas top 10 sailors nak datang....biar bermula dari bawah dulu....lepas tu suruh top-top international coach buat klinik supaya atlet kebangsaan kita boleh joint sama...Begitu juga lain pembangunan dalam negara kena buat juga. klinik ke..... kem bakat ke.... kursus specifik kejurulatihan ke.... takkan nak ajar kot....Pembangunan..pembangunan....tapi oklah nampak dalam kalendar ada juga tu berbagai kursus....satu atau dua kononnya dah terlepas.....cepat kejor...Yop...kejor..jangan sampai ujung tahun baru steady.
Sekian sedikit bahan untuk tatapan peminat sukan pelayaran.

3 comments:

  1. Ini adalah masalah yang dihadapi. Program atlet kebangsaan kurang menyengat tahun ini. Nasib baiklah asian games tahun ni. Elit boleh tahanlah juga program dia walaupun x banyak pertandingan.Masalahnya walaupun kejohanan-kejohanan ini telah diluluskan tetapi selalunya persatuan kena keluarkan advance dahulu. Apa yang berlaku persatuan pula liat nak keluarkan duit kerana keliatan MSN melunaskan baki perbelanjaan aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan sejak dari tahun lepas. Mungkin taktik MYA nak dapatkan semula baki pembayaran...buat-buat liat. So masalahnya adalah perjalanan program itu sendiri. Mulai dari hujung tahun lepas kebanyakan aktiviti terpaksalah GM dan kadang-kadang coach kena keluarkan duit dulu. Atlet dah separuh perjalanan aktiviti baru duit masuk. Belum lagi dengan pembayaran pendaftaran beberapa kejohanan penting yang perlu dibuat awal terutama penting untuk persiapan Sukan Asia. Contohnya hingga kini pembayaran untuk Romzi bagi kejohanan Dunia Laser Radial belum berbayar sedangkan tarikh tutup dah abis. Untuk atlet Afiqah tak berbayar sedangkan coach dah keluarkan advance untuk pendaftaran awal dan bermakna 20 pounds Sterling hangus. Untuk atlet Qaedi & Harith kejohanan dunia Laser belum berbayar dan nak bayar juga seperti biasa kenakan duit juga. kalau tak daftar bermakna tahun depan x ade can nak hantar lebih penyertaan bagi kelayakan Olimpik...tetapi benar-benarkah program ini dianggap serius ini yang merimaskan saya. Jadi tak hairanlah kalau berlaku perkara-perkara seperti ini dan jangan risau ia pasti berlaku lagi.

    ReplyDelete
  2. DUIT...DUIT...MSN KATA MYA DULUKAN..MYA KATA MSN TAK JELASKAN..MCM MANA NI..APA YG DPT....ALONG JUGAK..AHHAHHHAAA
    ALONG PUN ALONG LA..JANJI KERJA ADA LAJAN..HAHAHAHAH

    ReplyDelete
  3. Along-along ni......takut woo!!. Itu ali wa mau cerita....Gua punya boss sudah mau kena pukui wooo. katanya sudah beberapa bulan x bayar hutang ma...korek sana timbus sini gali sini timbus sana....last-last along pun kena sama....terpaksa ma....kalau x tak boleh jalan pelan-pelan pelancangan....peliolisasi. Lagi busat punya boss kate....kalu itu utang advance belum jelas....ia x mau kasi wang belanja utk ploglam....so apamacam...tanpa along macam mana mau toolong...nanti ploglam x lancau...

    ReplyDelete