Saturday, February 6, 2010

Pusat Latihan Port Dickson .......pejabat resmi MYA..?(Siri1)

Kira-kira hampir 2 minggu lepas berita terkini ditiup angin lalu sampai kehalwa telinga saya...
Kononnya bekas pusat latihan perahu layar kebangsaan yang bertempat di Port Dickson telah ditutup...tidak boleh guna gitu..gitu. Ini disebabkan pihak tuan punya bangunan, Tg Tuan Apartment Resort khabarnya telah tidak membenarkan penggunaannya setelah pembayaran sewa yang selama ini ditanggung oleh Majlis Sukan Negara (MSN) telah lewat dibuat pembayaran (entah berapa bulan tak pula saya dimaklumkan). Oleh kerana ianya hanyalah khabar angin maka kebenarannya adalah tidaklah sahih. Mungkin benar, mungkin tidak..ataupun benar tu benarlah tetapi alasannya tidak...mungkin dah tamat tempoh perjanjian kot dan perjanjian baru tak direnewkan..heh..heh....jadi hanya MYA sahajalah yang ada jawapannya.
Untuk makluman Pusat ini tidak lagi berfungsi sepenuhnya dan khabarnya hanya menempatkan 1 x staf MYA dan untuk penempatan atlet-atlet Perahu Layar Pra-U Bukit Jalil dan UPM yang hanya turun ke P Dickson pada hujung minggu sahaja. Selain penyewaan 1 apartment yang menempatkan atlet semasa turun ke P Dickson, juga terdapat 1 ruang pejabat, 1 ruang setor, tempat parking bot berbumbung, menara kawalan dan juga 1 ruang penyimpanan layar dan peralatan basah yang semuanya terdapat disudut ruangan parking Tg Tuan Apartment atas biayaan MSN. Juga khabarnya terdapat peralatan gym yang ditempatkan dibilik squash yang diubahsuai menjadi bilik gym termasuk di dalamnya 1 x multi station, peralatan barbell, dumbell & station juga terdapat 2 x rowing machine disini, kononnya siap bercermin lagi. Kat pusat Langkawi pun dikatakan tiada bercermin. Ruangan pejabat inilah menjadi pejabat resmi MYA rasanya kerana alamat surat menyurat MYA adalah beralamat di sini, kalau tak caya lihat kat website MYA dan rujuk letter head MYA. Juga masih terdapat beberapa bot MSN-MYA dan bot sampan fiber untuk kegunaan latihan atlet di atas....mungkin dah diletakkan di kelab RPDYC kot.

Saya cuba mengorek sejarah pusat ini dan kronologinya lebih kurang beginilah ceritanya
1.Pusat ini mula bertapak di Port Dickson pada tahun 2001 semasa Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Sea setelah Port Dickson dipilih sebagai venue bagi acara Perahu Layar. Beberapa tempat telah dicadangkan sepanjang pantai Port Dickson berhampiran dengan Kelab RPDYC dan akhirnya persetujuan telah di capai antara MYA-MSN dan pihak pengurusan Tg Tuan Apartment Resort untuk memilih apartment ini sebagai pusat latihan pasukan kebangsaan. Selain sebagai pusat latihan dengan bot-bot diletakka diruangan terbuka parking kereta juga menempatkan atlet-atlet di beberapa bilik penthouse dan apartment. Wow...duduk kat penthouse lagi tu..tak merasa den.
2. Setelah berakhir Sukan Sea dan dengan kejayaan cemerlang buat pertama kali memenangi 5 pingat emas maka pada tahun 2002 di bawah Program Gemilang 2002, MSN-MYA bersetuju untuk meneruskan program latihan bertempat di Apartment resort ini.
3. Kegagalan Sukan Asia 2002 untuk menepati sasaran besar MSN-MYA (rasanya dari keratan akhbar 2 emas kot diaorang sasarkan, 1 pun tak sangkut) maka pada tahun 2003 telah tidak disambung program bertempat di pusat ini, malahan pada masa itu tidakpun ada latihan pusat bagi atlet kebangsaan. Latihan pada masa itu bertempat di pusat latihan negeri masing-masing
4. Pada tahun 2004 juga tiada apa-apa perkembangan. Tetapi pada masa tersebut kononnya Program Gemilang 2006 (beberapa kali bertukar nama selepas itu sehingga terakhir Doha 2006)telah dilancarkan dan program sepenuh masa atlet kebangsaan bagi sukan perahu layar telah dipersetujui. Pada penghujung tahun 2004 beberapa-beberapa atlet kebangsaan telah di tempatkan di Port Dickson tetapi bertempat di RPDYC sebagai venue latihan dan penginapan mereka di tempatkan di PD Perdana.
5. Tahun 2005 - 2007 latihan sepenuh masa atlet kebangsaan perahu layar bermula sekali lagi bertempat di Port Dickson dan sekali lagi Tg Tuan Apartment Resort dipilih sebagai pusat latihan pasukan. MSN bermurah hati untuk membiayai sepenuhnya perbelanjaan pasukan sepanjang program. Pada masa inilah pembinaan ruang pejabat, bilik setor, ruangan parking bot berbumbung, ruang penyimpanan layar dan peralatan basah telah dibina atas pembiayaan MSN. Begitu juga dengan melengkapkan bilik gymnasium yang menggunakan bilik squash yang diubah suai (masa melawat kat sana tak nampak pun bilik gym ni..rupanya ada kat tingkat atas restoren apartmen...patutlah). Dengan pembinaan-pembinaan peralatan tambahan bermakna beban kos juga bertambah kerana selain membayar sewaan beberapa aprtment juga terpaksa membayar bil elektrik dan air yang telah dipasang meter berasingan diruangan yang dibina. Pada masa ini juga telah kerap berlaku masalah kelewatan pembayaran kepada Tg Tuan Apartmen Resort...isu kelewatan ini juga telah menjadi topik hangat umum dimana kita faham masalah peruntukan lewat kerajaan melalui KBS kepada MSN; juga berlaku MSN terpaksa menampung beberapa program yang bagi saya rasa tidak sepatutnya mereka tanggung sebagai badan yang bertanggung jawab terhadap sukan prestasi tinggi bukannya massa sport.

Bersambunglah...... sikit je lagi apa patut dilakukan....ke atas pusat latihan ini?
Ada cadangan......komenlah

2 comments:

  1. hemmm...mcm2 ceta ye..buka sana tutup sini...buka sini tutup sana....pusing pi pusing mai depa jugak yg untung..atlit melantung hangit..pa dah jdi ni...haahhahahaha

    ReplyDelete
  2. Saudara john

    Saya kurang setuju dengan saudara John....buka...tutup...buka ni kena tengok strength, weaknesses, threaten & potential. Saya lagi setuju kalau buka banyak tapi...mampu ke kita nak handle semuanya sekali...kalau tidak biar buka satu-satu dulu, jgn berebut dah lah..semua nak kaut program yang sama..Untung rugi by the end melihat kepada apa yang kita sasarkan tercapai atau tidak. Atlet melantung hangit betul ke saudara adalah kot beberapa kerat tapi keseluruhan pencapaian jauh lebih baik dari sebelum ni...Zaman bila kita kita pernah menang Optimist World...? Adalah satu kali tahun 2002 tak silap kita menang world tau...tahu tak kelas apa...cuba teka...

    ReplyDelete