6. Pada tahun 2008 pembinaan kompleks latihan perahu layar kebangsaan bertempat di Kuah Langkawi hak milik sendiri MSN telah siap 90%. Maka pada bulan Mac 2008 pusat latihan milik sendiri MSN ini telah beroperasi sepenuhnya dimana secara resmi atlet yang bertempat di Port Dickson telah dipindahkan ke pusat latihan kebangsaan ini. Walau bagaimanapun pusat latihan di Apartment Tg Tuan Resort masih lagi beroperasi untuk atlet-atlet Pra-U Bukit Jalil bagi menjalani latihan pelayaran mereka. Penempatan telah dikurangkan dengan hanya 1 bilik penthouse sahaja yang disewa. Bagi tujuan ini maka setaf MYA yang juga ditempatkan disini dikatakan diminta untuk turut mengawasi latihan pelayaran atlet dan beliau di tempatkan di penthouse yang sama. Dikhabarkan pemantauan tidak dilakukan dengan baik dimana setaf ini sering terpaksa berulang-alik ke kampungnya di luar Negeri Sembilan dan...pada hujung minggu juga merupakan hari cuti beliau..
7. Dimaklumkan prestasi atlet-atlet ini yang dikatakan merosot dengan agak teruk pada tahun 2008 - 2009 salah satu puncanya kerana tiada pengawalan dan pemantauan yang sewajarnya semasa mereka melakukan latihan. (Bukan itusaja tiada program disediakan utk mereka.....itu yang selalu saya dengar semasa jumpa ngan atlet kat kejohanan.......???)
8. Penggunaan tempat latihan ini berterusan sehinggalah tahun ini. Tidak pula saya tahu adakah MYA yang membuat pembayaran pendahuluan terlebih dahulu seperti yang selalu dilakukan terhadap program-proggram bersama MSN-MYA ataupun sebaliknya dibayar terus oleh MSN kepada pihak apartment....tetapi rasanya pembayaran dibuat terus.
PERSOALAN:
- Sekiranya telah di sita/tidak dibenarkan guna di mana atlet-atlet yang base di UPM/Pra U (hingga kina ada 4 orang) akan meneruskan latihan pelayaran mereka? bagaimana dengan penginapan mereka sekiranya mereka masih berlatih di Port Dickson? Bagaimana dengan pengawalan terhadap latihan mereka? Apakah masalah 2008-2009 akan dapat diatasi terutama terhadap urus selia semasa atlet menjalani latihan?
- Apakah peralatan-peralatan bot, peralatan pejabat, peralatan gym dapat dikeluarkan atau turut kena seal? Kalau boleh dikeluarkan kemana peralatan-peralatan tersebut dipindahkan.
- Sekiranya ada alternatif tempat latihan yang lain apakah kos yang terlibat? Adakah lebih kurang sama.......Adakah lengkap peralatan untuk atlet melakukan latihan fizikal dan pelayaran? Adakah pembayaran dibuat secara bulanan ataupun sebaliknya hanya semasa atlet hadir semasa latihan sahaja dan dikira kepada berapa atlet, kerana contohnya sekarang hanya 1 atlet sahaja berulang alik ke Port Dickson-UPM dan itupun tak nampak kelibatnyakan baru-baru ini? Adakah kos-kos lain turut terlibat....
- Bagaimana dengan pejabat MYA sekarang dimanakah ianya akan di alamat. Apakah akan ada alamat baru. Setiausaha Kehormat bertempat di Putrajaya. Manakala Program Prestasi tinggi atlet kebangsaan dan Pengurus Besar bertempat di Langkawi...Pejabat MYA pula di Port Dickson dan kononnya setaf yang di tempatkan di Port Dickson ini juga mendapat bantuan elaun dari MSN untuk membantu persatuan dari segi pentadbiran dan tentunya berkaitan memudahkan urusan persatuan dalam menyelenggarakan urusan berkaitan dengan program-program berterusan melibatkan MSN (Pembangunan Sukan Prestasi tinggi atlet). Pengurusan kewangan pula bertempat di Pasir Gudang, Johor. Jadi apakah keperluannya di tempatkan di Port Dickson. Dan di manakah operasi MYA lebih sesuai berpusat?
- Adakah diambilkira semua kos dan masa sekiranya atlet ini menjalani latihan di P.Dickson atau alternatif tempat lain lebih menjimatkan dari membiayai atlet terus menjalani latihan di PL Kebangsaan Langkawi dengan pembiayaan kapalterbang airasia yang diuruskan lebih awal.
- Berapa lamakah atlet ini berlatih di luar PL kebangsaan pada tahun ini...adakah hanya bersifat sementara....Bukankah tahun ini Sukan Asia akan diadakan...so cam no dengan latihan atlet adakah hanya masih hujung minggu sahaja berlatih dan tiada program padat dan memerlukan mereka berada di luar negara contohnya....ataupun berlatih di bawah seliaan jurulatih yang sepatutnya mengajar mereka.
- Bagaimana dengan atlet-atlet pelayaran lain yang terlibat dengan pengajian Pra-U (lepasan SPM) jika ada.....tiadakah alternatif lain.....kelemahan dan kegagalan 2008 - 2009 akan berulang kepada atlet yang lain pula?.....
No comments:
Post a Comment