Monday, February 1, 2010

Latihan dan Pertandingan di Auckland, New Zealand

Tengahari tadi beberapa atlet kebangsaan negara telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ke KLIA. Mereka seterusnya akan berlepas ke Auckland New Zealand. Atlet kelas International 470 dan International 420 ini akan menjalani latihan intensif di Auckland, New Zealand mulai 02hb Februari hinggalah 06hb March.
Atlet International 470 (Razman Mat Ali dan Ahmad Hakhimi Ahmad Shukri) akan berada di bawah kendalian jurulatih Andrew Brown, manakala atlet International 420 (Pasangan Ku Anas Ku Zamil dan Mohamad Hafizzudin Mazelan serta pasangan Khairunnisa Mohd Afendy dan Norashikin Mohd Sayed) akan berada di bawah seliaan coach Zaidi.

Sepanjang mereka disana mereka juga akan menyertai beberapa pertandingan utama berikut:
  1. Kejohanan Sail Auckland
  2. New Zealand 420 National
  3. 470 North Island Championship dan
  4. New Zealand 470 National
Pasangan Internatonal 420 akan menamatkan latihan pada 06hb Mac dan berlepas pulang. Manakala pasangan International 470 akan meneruskan latihan di Auckland dan akan terus berlepas ke Shan Wei, China bagi persediaan kejohanan Asian Sailing Championship.

Perkembangan mereka akan dikemaskini dari masa ke semasa....

No comments:

Post a Comment