Sunday, February 7, 2010

Keputusan Sail Auckland 2010



Keputusan penuh Sail Auckland boleh di dapati di:
http://www.sailauckland.org.nz/results/results-final-day-sunday/

Tahniah kepada pasangan International 420 perempuan (ke-3) dan 420 lelaki (ke-4).
Keputusan International 470 didapati kurang membanggakan (ke-7 dari 8 bot).

Saya akan cuba mendapatkan ulasan dan gambaran kejohanan terutamanya mengapa keputusan International 470 tidaklah begitu membanggakan jika hendak dibandingkan dengan keputusan yang dicapai oleh pasangan dari Singapore. Juga dilihat Ku Anas mendapat DNE

2 comments:

  1. tahniah..hebat jgk ye sailor malaysia kat sana...apa2 pun teruskan pejuangan..

    ReplyDelete
  2. Ini adalah kali kedua atlet kebangsaan kita mengambil bahagian dalam kejohanan Sail Auckland. Kali pertama pada tahun lepas kita juga telah mengambil bahagian dengan kedua-dua kelas dan atlet yang sama mengambil bahagian kecuali helm bagi Hafizzudin pada tahun lepas adalah Mohd Zamri. Selain itu atlet Laser juga telah mengambil bahagian pada tahun lepas...tidak pada tahun ini.
    Keputusan pada tahun lepas kelas Int 420 tidaklah membanggakan..Mereka berada pada kedudukan ke-11(Zamri) dan ke-16 (Nissa). Manakala bagi kelas Int 470 tahun lepas adalah lebih membanggakan di tempat ke-3. Tetapi tidak pada tahun ini...khabarnya dari coach Andrew Brown pelayar ini tak dapat bermain dengan baik dengan rentak angin yang kebanyakannya adalah perlahan dan shifty berbanding tahun lepas walaupun ada hari dengan light wind tetapi lebih konsisten. Kelas Laser Radial pada tahun lepas kita menjuarai tempat pertama, kedua dan ke-8. Manakala Laser Standard kita tidak mendapat keputusan yang baik berada pada kedudukan ke-16.
    Keseluruhannya ada peningkatan kepada pasukan pada kali ini.
    Kepada atlet di Auckland teruskan latihan anda dengan lebih giat dan ambil segala kesempatan yang ada untuk menimba ilmu dan pengalaman terutama untuk angin kuat dan berombak.

    ReplyDelete