Monday, March 1, 2010

Latihan dan Pertandingan di Auckland, New Zealand...Siri Akhir

Siri latihan dan pertandingan di Auckland bagi kelas double handed nampaknya sampai kepenghujung.

Pertandingan dihari terakhir terpaksa dibatalkan atas ancaman pacific tsunami.

Pencapaian yang boleh dikatakan membanggakan bagi kelas ini. Perancagan yang dilakukan oleh MYA telah menampakkan hasil.....(betulkah MYA punya program....okla program bersama MYA-MSN). Seperti ulasan awal saya terhadap program latihan ini...yang mana kelas double handed ini agak ketinggalan walaupun bergerak bersama dengan program single handed..tetapi kelas Laser lebih menyerlah....kelas Optimist jangan katalah hanya kelas ini sahaja kita boleh excellent dengan hanya kitaran 4 cycle.....kelas-kelas lain x leh bergantung dengan hanya 4thn program bang...Olimpik sailors kebanyakannya 12thn ke atas baru boleh excellent. Optimist kalau dikira maksima umur 15thn dan 4thn ke belakang umur dia orang 12thn. sedang elok lepas tu 15thn abis. semua negara boleh buek cam tu dan itulah program paling mudah... tapi kalau nak maju hingga ke Olimpik kena usaha lebih lagi beb...dan usaha terkini dengan latihan dan pendedahan prestasi tinggi yang diberikan kepada kelas double handed ini akan menampakkan hasil...percayalah.....
Permasalahannya sekarang bagaimanakah perancangan atlet sedia ada ini boleh dipandu untuk jangkamasa yang lama serta berterusan dan keduanya bagaimanakah program pembangunan dalam negara bagi kelas ini hendak dijalankan supaya ianya dapat melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia. Kita sedia maklum selain program atlet kebangsaan ini apakah program yang dijalankan oleh MYA@MSN utk kelas ini pada peringkat akar umbi?......hampir tiada.....kalau ada pun hanya untuk Kejohanan SUKMA itupun atas lebih daripada kerjasama MSN....dan dengar kata ada yang x mau bagi kerjasama untuk memajukan kelas ini...sampai x mau antar utk SUKMA....camno??. Program x mau jalankan kat negeri...sampai SUKMA pun x mau antar tapi masih nak pegang pos kat negeri dan kebangsaan.....so selamanya kita ada individu dengan sikap begini selamanya lah kita akan berada kat takok tu. MYA dengan peruntukan pembangunan KFC yang ada kena fikirkan sesuatu.....lu fikirlah sendiri....apa nak buat dengan peruntukan yang ada. Saya ada dengar jurulatih kebangsaan nak buat training kem kat negeri-negeri mulai tahun lepas bagi memilih atlet pelapis tapi itupun kena pancung
Any way back to our topic......keputusan dan laporan terkini kejohanan boleh dilihat dihttp://www.murraysbay.org. Juga dilaman:http://www.420sailing.org.nz/ untuk foto-foto menarik . Keputusan pasangan Ku Anas dan pasangan Khairunnisa memperolehi tempat ke 3 dan ke 4 keseluruhan adalah membanggakan (Khairunnisa juga merupakanchampion bagi kategori perempuan), mengekalkan kedudukan seperti kejohanan Sail Auckland lepas juga menunjukkan mereka juga mampu untuk bersaing bagi keadaan angin yang dilaporkan lebih konsisten dengan kekuatan angin yang kadang-kadang melebihi 15kts hingga 25kts. Bermakna bot speed mereka adalah baik walaupun belum lagi terbaik....oleh itu saya rasa jurulatih-jurulatih telah merumuskan akan kekuatan dan kelemahan bagi memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi mereka bagi persiapan ke Sukan Asia terutamanya. Bagi kelas Int 470 pula sedikit peningkatan berbanding dengan kejohanan Sail Auckland lepas...juga menunjukkan pertandingan dengan keadaan angin yang lebih konsisten adalah lebih baik juga tetapi x tau lah adakah mereka mampu untuk menyaingi di Sukan Asia kita boleh lihat kemampuan mereka di ASC pada hujung bulan ini.

Sebelum melabuhkan tirai bagi topik latihan dan pertandingan di NZL ini tahniah kepada pasukan kebangsaan yang mampu bertahan dan memberikan komitmen dengan latihan panjang melebihi 1 bulan di luar negeri. Selamat pulang kepada atlet dan jurulatih....

Bon Voyage...

No comments:

Post a Comment